Friday, 2 September 2011

Puasa 6 Dan Puasa Qada, Mana Di Dahulukan ?

0 comments
Selepas berlalunya Ramadan, Syawal kini masih berbaki beberapa hari saja untuk melangkah ke Zulkaedah. Rata-rata umat Islam di negara ini meraikan Syawal dengan mengadakan rumah terbuka dan ziarah menziarahi. Namun, Ramadan yang dilalui selama sebulan mendidik jiwa umat Islam terus beribadat kepada Allah tanpa mengira waktu. Puasa enam hari pada bulan Syawal satu ibadat hasil kesinambungan Ramadan. Hukumnya sunat seperti puasa sunat lain. Namun, ada yang kurang memahami beberapa perkara berkaitan puasa enam Syawal. Antaranya, adakah puasa enam Syawal perlu dilaksanakan secara berturut-turut atau sebaliknya. Menurut pandangan mazhab Shafie dan Hanafi, cara paling afdal berpuasa berturut-turut selepas Aidilfitri pertama. Namun, ia bukan rukun atau syarat terhadap ibadat puasa enam Syawal ini malah ganjaran sunat tetap diperoleh sekalipun dilakukan berselang-seli asalkan dilakukan enam hari dalam bulan Syawal. lni berdasarkan hadis Rasulullah bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. (Riwayat Muslim dan lain-lain)

Sabda Rasulullah: “Barang siapa berpuasa enam hari selepas Aidilfitri, maka dia mencukupi setahun. Barang siapa mengerjakan satu kebajikan maka baginya sepuluh kali ganda. (Riwayat Ibn Majah, al-Baihaqi, Ahmad dan lain-lain).


Klik sini untuk membaca penuh artikal ini >>